Kak Yong writes: It is called an Introduction…
Memang sudah lama berniat nak menulis dalam blog macam ni, cuma tak pernah kesampaian. Macam-macam alasan untuk diri sendiri; faktor masa, kos, kemampuan diri untuk menulis…tapi sekarang talian internet lebih mudah dan Kak Ngah dan Kak Chik pun setuju nak turut serta, jadi alasan pun dah tak berapa nak ada…
Tujuan blog? Dah masuk tahun ke 3 di universiti tercinta ni, rasa macam satu kerugian kalau pengalaman yang tak mungkin datang lagi ni berlalu macam tu saja…lagipun sebelum ni banyak manfaat yang dapat dari blog-blog yang pernah dikunjungi di laman web lain, jadi mungkin blog ini berpeluang berjasa macam tu…kalau tak ada pelawat sekali pun, paling kurang K.Ngah dengan K.Chik ada…(sebab tu ajak kongsi).
Mungkin nampak tak berapa bagus atau tidak teliti, tapi kemungkinan besar catatan-catatan dalam blog ini akan dibuat dalam dua bahasa, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bukan kerana tidak mahu menjaga bahasa, tetapi bagi K.Yong, bahasa adalah bahasa, nilainya tinggi, tapi lebih tinggi nilainya bila dilihat kepada siapa yang menggunakannya. Jika bercakap dalam Bahasa Melayu yang sempurna, tetapi akhlak tidak lansung mencerminkan nilai Islam Melayu, sayang sekali…Menggunakan Bahasa Inggeris tidak salah, tapi jika ianya bermakna segala budaya dan yang berkaitan dengan Inggeris diterima pakai semua sekali, itu tak betul. Cara bergaul, cara berpakaian, cara hidup seharian, takkan semuanya nak tiru Inggeris?
Apa kata jika boleh menggunakan kedua-duanya dengan baik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris? Bila perlu guna Bahasa Melayu, gunalah, kalau perlu bahasa yang lagi satu, silakan. Kan bagus dua-dua boleh. Yang penting jati diri, siapa kita. Bahasa adalah medium, walaupun peranannya penting, lebih penting lagi apa yang kita tuturkan dalam bahasa itu…kerana selepas meninggalkan dunia university K.Yong dan K.Ngah kemungkinan besar akan berada dalam dunia yang mana isu bahasa akan sentiasa disebut-sebut, jadi bagi K.Yong itulah pendirian yang K.Yong pegang, bahasa adalah medium, yang lebih plaing penting siapa kita…dan jangan lupa Bahasa Arab, bahasa paling mulia. Dan kepada K.Chik, kalau tak masuk dunia bahasa pun, harap-harap tak akan hadapi masalah nak guna mana-mana bahasa. Jangan ambil sikit-sikit, nanti kemudiannya semua tak sempurna…
1 comments:
okay, sis...
Post a Comment