Kak Yong writes: Hari Ahad di rumah...
Tiba-tiba rasa nak menulis dalam Bahasa Melayu. Dah lama tak guna bahasa ibunda, asyik guna B.I ja, nanti makin lama makin tak reti. Macam waktu buat degree dulu, majoriti assignment dalam B.I, bila ada subjek yang kena guna B.M ayat pun bunyi macam tak kena ja... Tak payah pergi jauh, tengok la ayat-ayat yang telah ditulis dan akan ditulis ni, tatabahasa dah lama out, guna pulak ejaan yang tak wujud dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohon ampun kepada para pejuang bahasa ibunda, jikalau aku menaip seperti aku menyembang...muahaha...
Kenapa tiba-tibe menulis dalam B.M? Hmmm, mungkin sebab baru baca buku dalam bahasa ni. Buku tulisan Dr. Hafidzi Mohd Noor, "Israel: Kenapa Dunia Tidak Boleh Mengiktirafnya, Satu Sorotan Sejarah 1917-1948." Kepada sesiapa yang berminat nak tahu apa la yang dibuat oleh sekumpulan manusia yang tiba-tiba datang dan ambil tanah orang, sila lah dapatkan buku terbitan PACE Malaysia. Dr. Hafidzi salah seorang pakar tentang isu Palestin di Malaysia.
Selama ni sebarang bahan yang berkaitan kajian dalam B.I ja, sebab satu, takda rujukan akademik dalam B.M, dan satu lagi sebab lebih mudah untuk baca, fikir, dan tulis dalam satu bahasa. Jadi B.I la memanjang. Sedih pun ada kan... Namun, macam yang pernah Kak Yong tulis sebelum ni, bahasa tak perlu dijadikan isu yang besar. Kena ada kesedaran, apa yang harus menjadi keutamaan dalam hidup ni. Bagi Kak Yong, isu bahasa itu satu perkara, yang lebih penting adalah apa yang kita nak sampaikan. Betul, faktor bahasa tetap memainkan peranan. Contohnya, kajian Kak Yong dalam B.I dan artikel berkaitan akan dalam B.I jugak. Tapi bila pikir balik, macam mana pembaca Malaysia boleh dapat manfaat? Bukan la nak kata orang kita tak boleh baca B.I, tetapi rasa-rasanya majoriti lebih selesa dengan B.M. Untuk kajian ini, rasa-rasanya yang memerlukan pendedahan adalah orang-orang yang majoriti tu. Jadi kena-kena biasakan diri menyusun ayat dalam B.M. Kalau ada masalah, kita rujuk saja sahabat kita yang kerja sebagai editor di sebuah syarikat buku terkenal di Malaysia, di mana hari ini dia sangat sibuk di gerai Pesta Buku Antarabangsa K.L 2011, sebab hari ni hari terakhir.
Itu saja yang nak tulis. Dalam blog sendiri rasanya akan terus dalam B.I, tapi sebab ada blog backup ni, boleh la tukar selera sekali-sekala.
1 comments:
Too right, too right. Tengokla KakNgah ni, yang gheja dgn lectrer ni pun, tolong dia sebab tak banyak rujukan yang dia boleh guna in BM. Majoriti in BI. Tgokla ayat BM kita pun , kelam kabut. Kalau boleh nak terer dua2, BI n BM.. haha. BA pun ;P
Post a Comment